MeMoRy sTiLL ReMaiN BrOtHeRhOOd 17 SMAKJ
Teman, lima tahun kita bersama sudah cukup untuk membungakan seterusnya membuahkan persahabatan yang sering mendesak, memutikkan satu ukhwah persahabatan yang hakiki. Tanggal 7 Januari 2004, tarikh keramat yang tak bisa luput diingatan. Kita hadir di perserambian dewan besar dengan titisan-titisan manik-manik jernih bertakungan untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan generasi ke-17.
bermulanya disini, jiwa-jiwa kosong dengan wajah yang bersih tanpa secalit noda, memaling muka sesama sendiri dan saling berkenalan. Dewan Harun Ar-rasyid yang menjadi saksi dan paksi segala-galanya. Minggu Orentasi penuh kepahitan masih utuh terpatesi. Memori silam di awal pertemuan kita pasti menggamit dan mencuit hati. Yelah, jiwa-jiwa muda katakan. Namun, tak semua yang mampu bertahan, satu persatu keluar,ardy,syazwan smpi xnk lepas dr pangkuan ibu tersayang dan rmi lg.... Namun, tanpa mereka ia tak mungkin mematahkan semangat kita.2004 berlalu dgn begitu suke sekali maklum lar form 1 kate kan.start blan 3 dh wat kes dh kantol maen pakau dgn form 4 habis form 5 bagai serigala jadian sbb form 1 lagi dh wat kes ish3,namun apa2 rintangan mmg perlu dihadapi.dekat kelas mmg x wajib klu x tidor,main n buat bising ape tah lagi tulis surat kat dak pompan kat klas atas tu.tah la kenal pon tidak bkn nyer klas campur nk knl pon time skolah agama je...Satu tahun berlalu, Biarlah jendela 2004,tersimpan kukuh dalam lipatan kenangan kita bersama.....
Ambang 2001, sama-sama kita mengorak langkah ke lembaran baru. Segala pahit getir kita lalui bersama,fly beramai2 with form 5,couple,rokok n gaduh ngan Form 3, batch 16 macam harimau terjumpa kucing. Semurni Kasih dan Ihtifal masih harum mewangi. Mungkin kengkawan masih ingt pencarian name batch kita oleh faiq,topek,odeng n member laen sampi sume kamus dibukaknyer nseb baek kamus marbawi x d bukak jgk.klu time prep mlm mmg x sah klu x kumpul kat 2 sina planning tok mlm nk fly sblm tu lesen dr f5 sudah tentu mee kerang basah,roti canai mcm2 dak2 ni.bile time kes kantoi sorng2 jd dalang nyer petik nama dak2 ni.time sabtu ahad mesti de yg balik free dgn wat keje jahat photostat surat kebenaran keluar sekolah.boleh kata kan tahun 2005 adalah dark age utk brotherhood mmg kcu bilau.Oh, ingin sahaja saat-saat manis ini di ulangi kembali. Tapi apakan daya kita tak bisa mengulangi sejarah. Seperti putaran alam yang tak pernah berpatah arah, begitu juga kita tidak boleh mengulang sejarah.Hari demi hari silih berganti, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun.
Tahun 2006 datang menjelma.PMR... bagaikan mimpi ngeri bagi kita, saat-saat manis ketika kita di ambang peperiksaan masih berlegar-legar di benak fikiran. Kita bersama-sama mengulangkaji pelajaran. Semuanya nampak struggle macam nak SPM. Ade yang bukak port di bilik study, stor, surau, sick bay pun ader,tapi kat dpn tandas r jd pelepas tension... Pelbagai karenah.Namun tahun 2006 tetap menjd tahun terbaik kpd brotherhood diatas keje same dan komitmen kpd pihak sekolah serta senior yg baik kerana segala masalah dibawa bincang bersama.Masih kah korang ingat lagi pada hari kokurikulum mlm kebudayaan mlm tu adalah mlm utk brotherhood dgn lakonan pentomennya yg hebat idea dr mursyid.time tu sume form mmg respect dkt kiteorg.tp masa berlalu dgn pantas smpi tiba wktu exam PMR...lepas exam terasa bebas sedikit. Bagaikan burung yang baru dilepaskan dari sarang. Ade yang kate kite naik kepala,masuk bilik tv tgk bola selambe je,klu fly apatah lg 2/3 laki kluar fly 1 mlm,apa tah lagi loteng menjd dorm ke-2 nk port wat kje jahat.Di sebalik kegembiraan itu, hati-hati kecil Form 4 n 5 tetap tidak berpuas hati dengan kita. Luka lama berdarah kembali. Satu persatu diungkitnya. Tapi, kita tetap berpegang, "Tiada masalah yang tidak boleh di selesaikan." Walau tidak 100% pun, ketegangan itu kian terlerai.Time tu r ikatan ukhwah kian terlerai dak laki gaduh dgn dak pengawas peh sume saling psycho mnycho. Alah, lumrahlah itu semua bagi kehidupan di asrama.....Tapi apa yang kami harapkan adalah kemaafan dari semua sebab bnyk juge masalah yg kite lakukan tahun itu....
Form 4, HONEYMOON YEAR!!! mungkin tidak...Hidup kita 2007, kian bebas. Apa sahaja yang ingin dilakukan, buatlah. Tiada siapa yang mengganggu. Kegembiraan ditambah lagi dengan rakan-rakan baru kita, Botak,Jawe,Under,Batin,Zul.Namun di sebalik kegembiraan kita terselit kesedihan di hati-hati kita. Rakan sebantal dan setilam kita telah keluar dari bumi SMAKJ yang tercinta ini. Badang,Napis,Old, dan Emi still dalam kenangan.Tak cukup dengan itu,sahabat karib Wan onn,Komeng,Timon dan Sapa terpaksa hadapi hukuman,dan pergi meninggalkan batch ini tanpa khabar berita namun Sapa tetap tabah untuk meneruskan khidmat di sekolah ini .Namun hidup di SMAKJ ini mesti diteruskan untuk meniti hari-hari yang mendatang. Ikatan dgn form 5 masih tetap seperti dulu lagi namun sebagai senior, form bawah tetap menjd keutamaan. Pembelajaran diteruskan untuk menghadapi SMA yg menjelang tiba. Hari demi hari berlalu sampai akhir tahun dan Majlis Reunion di ada kan bertempat di Bevy World CaFe kat kluang...Kini semua bersiap sedia menanti detik 2008 dimana merupakan tahun terakhir di SMAKJ dan exam SPM akan tiba yg menentukan masa depan selepas ini....
Kenangan Form 4 tersemat dihati. Kini, kita menghadapi 2008 dengan tugas yang lebih berat lagi. SPM kini menunggu kita. Penentu hala tuju kita. Aduh, berdebar tak langsung!!!!! Saat kita mengulangkaji pelajaran bersama. Walaupun study di dorm sendirik, namun kita tetap sehati. Ade makanan kita buffet bersama... Pendek kata, segala masalah kita selesaikan bersama..walaupun kekadang ia tidak kesampaian. Saat-saat di ambang peperiksaan, semuanya struggle gegiler bersama. Untuk menghilangkan rasa tension... Carrom,air nescafe, lepak menjadi penawar. Tetapi disebalik perjuangan kita, ada segelintir yg leka...terlupa akan perjuangan sebenar namun sebagai sahabat kita perlu membantu. Hasil pembinaan pondok dan kolam di asrama sains telah membuktikan kerjasama antara kita. Kita sama-sama bekerja, mengeluarkan kemahiran yang ada dan macam lagi agar ia menjadi kenangan yang akan kita semat di dalam hati setiap kita. Akhir kalam, terimalah kata-kata ini dari kami buat memori seluruh BROTHERHOOD buat memori kita semua dan ampun maaf dipinta jika ada salah dan silap yang kami coretkan....
teman-temanku............................
Cuma satu sahaja harapan kini.... Janganlah kita jadikan kejayaan sekumit cuma yang akan kita kecapi dalam SPM sebagai pemisah besar antara kita. Antara kita ada yang nak jadi Engineer, Doktor, Akauntan, angkasawan dan macam-macam lagi. Takdir akan merencanakan segalanya. Kita pasti terpisah, lantaran impian dan harapan kita berbeda. Pun begitu, bilah-bilah kehidupan harus diteruskan. Hari esok pasti menyapa. Biarlah segala bunga-bunga mekar memerah. Biarlah segala madunya, rama-rama yang menjamah. Yang pasti, memori silam akan diabadikan dalam website ini. Biarlah segala kisah-kisah dicatatkan bait demi bait untuk tatapan di hari muka. Kesempatan ini hampir menyentuh garisan akhir dan hati kita akan terusik lagi apabila kita terpaksa melafazkan kalimah "Selamat Tinggal Semua" "Selamat Tinggal SMAKJ" Saat itu satu perpisahan perit. Satu detik yang menguji jiwa... Walaupun hakikatnya kita telah berpisah, tapi percayalah kita tetap bersama....
Last updated by SiR Epit Mar 13.
© 2009 Created by SiR Epit on Ning. Create a Ning Network!